February 20, 2012

bertiga

Posted By Jibam Xavier at 11:09 PM
nakkk bercerita tentang kawan, iyerr ..dari dlu sampai lha skrg aku x akan berhenti bercakap dan menulis tentang kawan, persahabatan, friendship. dan mungkin kebanyakan cerita tu mungkin berulang ..orang mungkin bosan membaca, tapi bagi aku x pernah bosan bila bercerita tentang kawan ..maksud bercerita di sini, bukanlah bergosip atau mengumpat tentang mereka.
 
selagi kita hidup, kita akan jumpe bermacam orang.. dan ada diantara mereka mungkin hanya orang asing yang hanya kita bertembung berkali-kali di tempat kebiasaan.. ada di antara mereka mungkin menjadi kenalan yang mungkin hanya tahu nama kita, dan ada di antara mereka akan menjadi kawan yang berborak dengan kita perkara-perkara biasa, dan ada di antara mereka yang menjadi kawan yang rapat yang mungkin berkongsi cerita dan punya memori bersama kita..

mungkin kerana aku seorang suka berkawan, aku mudah sayang pada kawan-kawan.. dan bila kau sayang, kau akan rasa rindu pada mereka, ya..aku punya ramai kawan. dan aku rindu kesemua mereka. tapi yang terutamanya pada mereka yang sentiasa dengan aku tu.. mereka lha yang terkadang suka buat kerja gila.

mungkin perkenalan kami tu satu kebetulan atau mungkin juga jodoh.. hidup bertemankan mereka, bukan satu perkara merugikan.. kenapa ya? tanpa mereka mungkin aku akan jadi budak skema.. hidup dengan mereka, mengajar aku erti bersahabat. hidup dengan mereka, memberi aku banyak cerita untuk dikongsikan.. hidup dengan mereka mengajar aku menjadi lebih kuat.. hidup dengan mereka memberi aku satu kehidupan yang x membosankan.







p/s : terlebih rajin nak full kan ayat . huhuhu :p
 

Bubut punya stories Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting